'Sudi tak kau jadi isteri aku?'
Hati perempuan mana tak gembira bila orang yang di suka sayang tanye hal seperti ini ? Tipu la kalau aku cakap aku tak suka. Masa itu, perasaan aku bercampur, happy, sedih, gembira, terkejut. Semua bercampur-campur. Before tuh, kita berdua lost contact for some week and suddenly kau datang tanye macam itu. How can I respond ?
Tetapi, aku cuba bertenang, selama tiga tahun lebih kita berkawan kadang-kadang aku rasa kau main-main tak serious. Dan aku tanye dan rupanya kau serious *dalam hati ucap syukur* Alhamdulillah, that time aku rasa aku tak bertepuk sebelah tangan dan aku mula memasang harapan.
Tetapi...rupanya 'pelangi hanya muncul sesaat'. Akukah bersalah? Aku bersalahkah desak kau untuk berkata 'aku sayang kau lebih dari kawan', aku bersalah? Yaaa mungkin aku bersalah sebab aku hanya mahu kepastian yang 200% apa yang kau tanye itu dari hati kau bukan sebab kau mahu tunjuk dekat 'seseorang' yang kau pun boleh ada 'someone' macam 'seseorang' itu (I know everything about u) Sebab itu hanya rasa dendam tapi bukan rasa sayang yang hadir dari hati.
Tetapi, kau hilang kembali, kau hilang dengan satu tanda tanye yang membelengu diri aku. KAU HILANG ! Dan aku masih disini berharap sesuatu yang indah dengan satu perasaan yang TERSEKSA. Tetapi kau hilang...
Untuk beberapa ketika, aku cuba untuk lupakan segala harapan indah dan aku cuba juga untuk membaiki persahabatan ini. Kerana apa yang aku fikir, 'Jika kita tidak berjodoh, kita masih boleh berkawan kan ?' Walaupun dalam hati terluka.
Tetapi, kau masih menjauhkan diri seolah-olah aku yang bersalah. Yaa kau buat aku bersalah sebab kau mengatakan yang aku tidak terima kau (cerita jadi sangat complicated) Yaa kau buat aku bersalah. Akukah yang mulakan ini semua? Akukah yang buat kita jadi stranger. Aku mula bertanye kepada diri sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, aku cuba untuk selamatkan persahabatan ini kerana jujur aku kata aku tak boleh nak hidup seperti biasa jika kami berdua end our frienship macam itu je. Selama tiga tahun lebih, apa-apa hal sedih gembira suka duka, kau orang pertama aku cari.
Tetapi, aku give up. G I V E U P. Aku tidak tahu pula seorang bernama Norahasikin akan putus asa macam itu je. Yaaa aku makin tidak kenal dengan diri aku sendiri.
Sebagai orang Islam, Allah segala-gala untuk kita. Hanya Dia yang faham kita. Aku kembali kepada Allah. Mengadu segala perasaan yang aku rasa. Mencari petunjuk untuk sesuatu yang tidak ada kepastian. Alhamdulillah. Aku mendapat satu ketenangan yang jarang aku jumpa. Aku tekad untuk melakukan sesuatu sebelum aku menyesal dikemudian hari.
Di hari Jumaat yang tenang. Aku ambil keputusan untuk menyelesaikan tanda tanye. Aku taip panjang-panjang segala apa yang aku rasa (I'm not enough strong to call him) dan hantar kepada kau. Yaaa masa itu perasaan sangat berdebar sebab first time aku buat something serious with my feeling. Dan hadir satu perasaan tenang dimana, kalau terjadi apa-apa aku tidak akan menyesali satu pun perkara.
Tetapi mesej itu hanya dibiarkan dan tiada satu pun maklum balas sehingga sekarang. Sudah hampir dua minggu. Tipu kalau cakap aku tak sedih. Yaa aku sedih sehingga aku depress, kawan-kawan sekeliling tak sangka EKIN yang mereka kenal akan jadi macam ini. Yaaa sebab aku tak pernah melalui fasa-fasa seperti ini dan ia adalah pertama kali berlaku dalam hidup aku. Tetapi depress aku tidak keterlaluan kerana aku masih ada ALLAH :')
Untuk kau yang disana. Terima kasih untuk perasaan ini walaupun hanya seketika aku merasainya. Terima kasih juga untuk segala pengorbanan selama tiga tahun lebih ini.
Terima kasih untuk segala memory indah yang kau ciptakan untuk aku.
Terima kasih sebab jaga aku lagi lagi bab makan hahaha :')
Terima kasih sebab selalu ada masa aku susah dan senang.
Terima kasih untuk segala tunjuk ajar asam garam kehidupan.
Mungkin ini hanya permulaan kepada sesuatu yang baru. Dan ujian tidak akan datang jika kita tidak kuat untuk mengharunginya. ITU JANJI ALLAH KEPADA UMATNYA.
p/s:Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang selalu ada time aku depress :') Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. And i.m sorry for uncomfortable situation, sebab korang pun first time kena hadap aku macam ni hahahaha :')