Wednesday, 15 June 2016

'Sudi tak kau jadi isteri aku?'


'Sudi tak kau jadi isteri aku?'

Hati perempuan mana tak gembira bila orang yang di suka sayang tanye hal seperti ini ? Tipu la kalau aku cakap aku tak suka. Masa itu, perasaan aku bercampur, happy, sedih, gembira, terkejut. Semua bercampur-campur. Before tuh, kita berdua lost contact for some week and suddenly kau datang tanye macam itu. How can I respond ?

Tetapi, aku cuba bertenang, selama tiga tahun lebih kita berkawan kadang-kadang aku rasa kau main-main tak serious. Dan aku tanye dan rupanya kau serious *dalam hati ucap syukur* Alhamdulillah, that time aku rasa aku tak bertepuk sebelah tangan dan aku mula memasang harapan. 

Tetapi...rupanya 'pelangi hanya muncul sesaat'. Akukah bersalah? Aku bersalahkah desak kau untuk berkata 'aku sayang kau lebih dari kawan', aku bersalah? Yaaa mungkin aku bersalah sebab aku hanya mahu kepastian yang 200% apa yang kau tanye itu dari hati kau bukan sebab kau mahu tunjuk dekat 'seseorang' yang kau pun boleh ada 'someone' macam 'seseorang' itu (I know everything about u) Sebab itu hanya rasa dendam tapi bukan rasa sayang yang hadir dari hati. 

Tetapi, kau hilang kembali, kau hilang dengan satu tanda tanye yang membelengu diri aku. KAU HILANG ! Dan aku masih disini berharap sesuatu yang indah dengan satu perasaan yang TERSEKSA. Tetapi kau hilang...

Untuk beberapa ketika, aku cuba untuk lupakan segala harapan indah dan aku cuba juga untuk membaiki persahabatan ini. Kerana apa yang aku fikir, 'Jika kita tidak berjodoh, kita masih boleh berkawan kan ?' Walaupun dalam hati terluka. 

Tetapi, kau masih menjauhkan diri seolah-olah aku yang bersalah. Yaa kau buat aku bersalah sebab kau mengatakan yang aku tidak terima kau (cerita jadi sangat complicated) Yaa kau buat aku bersalah. Akukah yang mulakan ini semua? Akukah yang buat kita jadi stranger. Aku mula bertanye kepada diri sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, aku cuba untuk selamatkan persahabatan ini kerana jujur aku kata aku tak boleh nak hidup seperti biasa jika kami berdua end our frienship macam itu je. Selama tiga tahun lebih, apa-apa hal sedih gembira suka duka, kau orang pertama aku cari. 

Tetapi, aku give up. G I V E U P. Aku tidak tahu pula seorang bernama Norahasikin akan putus asa macam itu je. Yaaa aku makin tidak kenal dengan diri aku sendiri. 

Sebagai orang Islam, Allah segala-gala untuk kita. Hanya Dia yang faham kita. Aku kembali kepada Allah. Mengadu segala perasaan yang aku rasa. Mencari petunjuk untuk sesuatu yang tidak ada kepastian. Alhamdulillah. Aku mendapat satu ketenangan yang jarang aku jumpa. Aku tekad untuk melakukan sesuatu sebelum aku menyesal dikemudian hari. 

Di hari Jumaat yang tenang. Aku ambil keputusan untuk menyelesaikan tanda tanye. Aku taip panjang-panjang segala apa yang aku rasa (I'm not enough strong to call him) dan hantar kepada kau. Yaaa masa itu perasaan sangat berdebar sebab first time aku buat something serious with my feeling. Dan hadir satu perasaan tenang dimana, kalau terjadi apa-apa aku tidak akan menyesali satu pun perkara. 

Tetapi mesej itu hanya dibiarkan dan tiada satu pun maklum balas sehingga sekarang. Sudah hampir dua minggu. Tipu kalau cakap aku tak sedih. Yaa aku sedih sehingga aku depress, kawan-kawan sekeliling tak sangka EKIN yang mereka kenal akan jadi macam ini. Yaaa sebab aku tak pernah melalui fasa-fasa seperti ini dan ia adalah pertama kali berlaku dalam hidup aku. Tetapi depress aku tidak keterlaluan kerana aku masih ada ALLAH :') 

Untuk kau yang disana. Terima kasih untuk perasaan ini walaupun hanya seketika aku merasainya. Terima kasih juga untuk segala pengorbanan selama tiga tahun lebih ini.
Terima kasih untuk segala memory indah yang kau ciptakan untuk aku.
Terima kasih sebab jaga aku lagi lagi bab makan hahaha :')
Terima kasih sebab selalu ada masa aku susah dan senang.
Terima kasih untuk segala tunjuk ajar asam garam kehidupan.

Mungkin ini hanya permulaan kepada sesuatu yang baru. Dan ujian tidak akan datang jika kita tidak kuat untuk mengharunginya. ITU JANJI ALLAH KEPADA UMATNYA. 


p/s:Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang selalu ada time aku depress :') Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. And i.m sorry for uncomfortable situation, sebab korang pun first time kena hadap aku macam ni hahahaha :') 







Friday, 29 August 2014

21

Assalamualaikum.

Hai ! Alhamdulillah masih diberi nafas untuk hidup :')

28 Ogos 1993 tarikh dimana seorang baby comel berpipikan tembam *hikss* selamat dilahirkan. Alhamdulillah semalam genap aku umur 21 tahun. Umur da meningkat tapi still perangai 'baby' hahahaha! Sepatutnya semalam hari bahagia tapi macam macam benda berlaku yang menyebabkan stress sepanjang hari hahahaah. Phone yang satu satunya aku ada rosak macam tuh je haiahhh time time keadaan macam nie dia nak rosak and as usually aku fikir positive maybe ada hikmah semua nie berlaku. Tapi seriously sorry dekat some people yang come to me but my mood very swing semalam hahaha. Yaa u know hari birthday kau yang kau expect akan berlalu dengan baik dan happening tapi alih alih hal macam nie jadi dengan 'someone' telah mungkir janji nya memang hangin la kan. Tapi yang pasal 'someone' tuh malas nak story buat tambah sakit hati je cuma mohon kalau tak pandai tepati jangan janji k. 

To those yang whatsapp aku semalam dan hari nie dan mungkin esok sorry la sebab memang tak dapat nak balas sebab masih memikirkan macam mana nak cari phone baru. Kalaupun phone tuh boleh baiki aku bet la semua contact akan hilang T-T Lagi beberapa hari je nie nak balik kedah haiahhh hati memang manyak sedih la. But its okey everything will be okey if kita redha kan ? 

Thank you kepada yang meng-wish semalam kat fb twitter dan lain lain media social. Buat masa nie yang wish kat instagram, whastapp and wechat memang tak dapat balas huhu. 

*Terima kasih yaAllah masih meminjamkan aku nafas dan nyawa untuk meneruskan kehidupan ini, insyaAllah akan aku gunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk berubah menjadi yang lebih baik :')



Wednesday, 27 August 2014

Kek coklat kukus.

Assalamualaikum.

Hai ! Masih berbaki seminggu lagi untuk bersenang lenang berseronok ronok kat rumah sebelum kembali ke bumi sintok T-T . Dengan masa yang amat terluang aku telah mencuba buat kek coklat kukus resepi dari Ain syafiqah. (mohon Ain bace). Bahan dan cara buat sangat simple so try la kalau ada masa ye. 

Bahan-bahan untuk kek.

Telur 4 biji
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum 
1 cawan koko
1 cawan minyak
1 cawan air suam
1 cawan susu pekat
1/2 cawan tepung kek 
1 sudu kecik esen vanila
1 sudu kecik soda bikarbonat 



Cara-cara membuatnya.
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
2. Masukkan minyak, susu pekat, esen vanilla dan soda bikarbonat then gaul sampai sebati.
3. Lepas da sebati masukkan pula tepung gandum, koko, dan tepung kek. *(masukkan sikit sikit supaya tepung tak jadi ketul ketul)
4. Akhir sekali masukkan air suam dan gaul sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus !
6. Kukus dalam 1 jam 1/2. 










Tadaaaa ! Siap kukus da. Segebu pipi haku hahaahah


Bahan-bahan untuk topping.
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

Cara-caranya.
1. Pasangkan api paling slow.
2. Masukkan semua bahan dan gaul dengan penuh kasih sayang.*(kalau rasa macam pekat sangat boleh tambah air ikut rasa sendiri la )
3. Da siap tuang kan je atas kek then siap !


Boleh dihidangkan masa minum petang atau makan la bila rasa nak makan :D 

Meleleh leleh topping dia yummy ! 


Selamat mencuba ! 
Adiooosssssss !


Saturday, 23 August 2014

Coretan untuk Keluarga Bahagia

Assalamualaikum.  

Semua orang menginginkan keluarga yang sempurna yang penuh dengan kasih sayang dan sentiasa bahagia. Alhamdulillah Allah masih menginzinkan aku untuk mempunyai keluarga yang lengkap yang sentiasa bersama diwaktu susah dan senang. Walaupun kami tidak sekaya keluarga lain tetapi alhamdulillah makan pakai tempat tinggal sentiasa cukup. 

Jika sesebuah keluarga diserikan dengan agama yang cukup sempurna lagi indah keluarga itu. Wang ringgit tidak begitu penting dalam membahagiakan keluarga tetapi kasih sayang yang cukup , didikan agama yang sempurna boleh mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. 

The brother's and Emak Ayah

The sibling's
Memasing macam tak ready kecuali Along 

Peace ! 



Abg Long and Along


Terima kasih YaAllah masih meminjamkan aku seorang perempuan yang dipanggil Emak dan seorang lelaki yang dipanggil Ayah. Emak Ayah manusia yang paling mendapat tempat dihati dan menjadi yang paling utama untuk dihormati. Kehadapan Emak Ayah terima kasih untuk pergorbanan yang dilakukan selama ini untuk melihat anak-anak bahagia. *menangis*

Inspirasi coretan nie lepas aku tengok drama 'Sehangat dakapan Mama'. Yesss cerita tuh membuat aku yang boleh tahan keras hati dalam bab menitiskan air mata yang akhirnya aku menangis ! Cerita yang sangat 'deep' kepada aku. Aku rase sesiapa yang tengok pun akan lebih lebih 'deep' . Malas nak cerita pasal drama tuh sebab kalau aku cerita memang entry nie akan panjang berjela hahahahaahaha ! 

Kalau teringin sangat nak tengok try la search kat youtube pasti ada mehh. 

Byeeee ! Adioissssssss ! 

Friday, 22 August 2014

The new !

Assalamualaikum !
Haiii ! Ngeh ngeh :D okeyy motif sangattt hahahaha ! Aku terpaksa buat blog baru so blog lama da dibuang segala-galanya dan haii ! the new ! 

InsyaAllah will be the very new. New of blog, new of me, new of life and new others kekeeke.
Okeyy sorry ohh my englishhh haku teruk sangattt hahahaha !

So nothing to story just wanna say that now im new blogger kihkih kbyeee ! 

Adiossssss !